Terjaga pagi ini, mungkin kerana mimpi semalam, sikit rasa teringat pada seorang teman lama. Jauhnya rasa dari dia yang pernah satu waktu dulu begitu rapat di hati.
Senang waktu tadi, menyelak laman sosialnya dan terasa syukur melihat senyuman dia dan keluarganya. Alhamdulillah, dia tenang-tenang selalu di sisi mereka yang sepatutnya dan selayaknya.
Pause sebentar, aku doakan yang baik-baik untuk kamu dan keluarga mu.
12 Dec 2016
Thursday, September 03, 2015
Thursday, February 26, 2015
Terlalu Lama
Terlalu lama rasanya tidak mencoret di sini. Terlalu lama sehingga terasa kekok memulakan tulisan ini. Entah mengapa perancangan Allah hari ini membawa aku ke sini lagi. Jujur aku rindu membaitkan kata-kata hatiku, namun sedikit sebanyak rindu terubat bila mana aku bisa menulis di segenap alam maya melalui median-median lain. Dunia terlalu pantas berlalu sehingga aku lelah mendalami ilmu yang satu ini.
Harus apa aku baitkan untuk kali ini. Hidup. Cerita hidup tidak pernah tamat selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa bersama jasad. Untuk seketika aku perlu menutup mata dan mencernakan kisah kehidupan ku dalam seringkas-ringkasnya. Hidup Terlalu Indah. Noktah. Bagi mereka yang bersyukur, setiap kehidupan ini sentiasa satu keindahan dan untuk kali ini jua aku antara yang berasa syukur dengan kehidupan ku.
Tidak semua perancanganku sama seperti perancangan Allah. Jika perlu aku detailkan rungutan dan sesalan yang ingin aku luahkan, seisi laut dalam pun belum tentu cukup untuk aku gambarkan. Manusia lemah seperti aku, terlalu byk mahunya, byk perancangannya, byk alasannya dan tidak pernah berasa cukup.
Namun, guruku mengajar. Hebat dewasa ini. Terlalu luas inteprestasi guru. Apa yang mengajar baik, yang membuka minda melapangkan fikiran meluaskan pandangan...itu guru ku. Tiada sempadan.
Oh ya, guruku mengajar yakin dengan perancangan Allah, yakin dengan janji Allah, hidup terus beristiqamah dan sesungguhnya membuat orang lain berasa gembira, itu kemanisan yang kau harus rasakan. Kau rasakan sekali, tentu berkali-kali ingin kau ulangi.
Melihat ke belakang, aku sudah semakin berusia, sisa -sisa hidupku ini Ya Allah biarlah berakhir di jalan yang engkau redhai. Melihat ke depan, jalan ku masih panjang. Aku ingin terus bersama hidayah mu.
Aku ( HambaMu, Anak, Isteri dan Ibu)

Thursday, December 26, 2013
Ringkasan 2013
Permulaan yang agak lembab. Sakit sakit sakit. Cuti sakit bukan dibuat buat. Pada jabatan lama, mohon maaf atas prestasi yang sekadar memuaskan. Pada anak sendiri pun wajib mohon maaf, ibu mohon maaf jika Shahzor terasa terabai ( I doubt) Ibu tidak sihat untuk melayan kerenah mu anak. Pada suami terima kasih atas kefahaman yang diberi. Pertengahannya berita gembira Allah makbulkan, di tempat baru mula berkhidmat walau hanya 3 minggu sahaja tetapi syukur semua berjalan lancar. Perjalanan rumah ke pejabat tidak lagi terlalu membebankan. Suka! Tak perlu lagi berkejar-kejar macam ke Putrajaya dulu. Suka! Ramadhan 2013, Adik lahir ke dunia ini, bertambah lagi makna kehidupan dalam hidup ibu. Nyawa ibu terbagi 3 untuk insan insan yang memerlukan peranan ibu ini. Ayah+Abang+ Adik. Demi Allah, Ibu terlalu sayangkan kalian. Semoga kita semua dan semua penduduk bumi terpelihara dari segala bencana yang tidak tertanggung. Amin. 5 bulan Allah izin kan peluang untuk Ibu merasa hidup di rumah dgn anak2. Tak mungkin lupa sebab rasanya 5 bulan terlalu cepat berlalu. Masa yang ada terlalu singkat untuk dipecahkan pada byk misi. Namun cukup bermakna dan utk itu, bahagianya rasa. Satu masa bila tiba masa sesuai mungkin Allah akan izinkan tempoh yang lebih lama atau selamanya? Hujungnya sudah tiba. Hujung tahun bukan hujung hidup. Hidup masih panjang jika Allah izinkan. And for that I am looking forward to a fabulous 2014, with positive attitude and mind, to be kind to others at all time and to be humble at every decision made. Tq Allah.
Wednesday, November 06, 2013
Orang Baru
This is a long overdue update. I know, but I've been busy and that is the best excuse I have, and I am a happy mum with new excuse :)
Kehadiran orang baru pada 17 ramadhan bersamaan 26/7/2013 yg lalu
pastinya disyukuri dengan penuh rahmat kepada yang Maha Esa...
Shahzad Ziqri, kehadiran dia mmg keajaiban yang telah Allah tentukan.
Siapa sangka perkara yg mustahil satu ketika dulu kini dipermudahkan oleh Allah
dengan bukti Kunfayakun Nya. Aku yakin janji Allah itu pasti maka bersangka
baik kepadanya itu satu kewajipan sebagai makhluknya.
Shahzad Ziqri, 17 Ramadhan, Jumaat yang mulia, hari hening di petang
nuzul Aquran... Doa ibu buat mu anak, jadilah anak yg soleh yang memberi
ketenangan kepada sesiapa yg berdamping denganmu, penuh rasa kasih sayang
seperti baginda rasul dan semua kebaikan didunia dan akhirat ibu doakan buat mu
anak.
Tak pernah mungkin ibu terbayang dua kasih ibu perolehi, satu andaian yg
tak pernah ibu bayangkan. Kini amanah di bahu ibu memikul, dengan izinNya jua.
Amin.
Wednesday, July 17, 2013
Ramadhan 2013
Cuba-cuba, bulan yang mulia ini...tangan kanan memberi dan sorokkan tangan kiri. Rasanya sukar untuk kita lakukan. Biasalah kelemahan manusia, bila buat benda baik rasa nak kongsi dengan semua tanpa sedar wujud riak kecil dalam diri. Coretan ini untuk peringatan jua bukan memperkecilkan usaha kalian yang berhati mulia itu. Cuma aku bilang cuba, kita cuba sebaik yang boleh.
Sungguh Ramadhan bulan yang paling dituntut bersedekah, jangan fikir pahalanya sangat jika nak dibuat secara ikhlas. Bukankah kita telah menjadi terlalu dewasa untuk bergantung harap atas nama dosa dan pahala? Anak-anak kecilkah kita untuk diulam dengan pahala sentiasa? Buatlah kita kerana Allah, kerana sayang pada Allah dan Rasulnya jua dan buatlah kerana kita sayang sesama umat. Cinta Sejati itu bersifat penyayang selamanya.
Anak yatim paling diberi perhatian, untung mereka, syukur mereka, gembira mereka kerana itu Allah telah takdirkan rezeki mereka. Tapi jangan kita lupa golongan tak berdaya yang lain. Jangan semua kerumun pada satu tempat tp tempat yang lain masih terabai. Kenangkan jua sanak saudara di pendalaman sana, entahkan cukup entahkan tidak. Kerana itu luaskan sumber. Yang selalu dibandar sedekah jariahnya, luaskan pula ke pendalaman sana. Kita usaha, Allah permudahkan dengan izinNya jua.
Salam Ramadhan buat semua. Jangan perbesarkan benda yang kecil, jika boleh kita lupa dan maafkan itulah yang terbaik. Ingat cinta itu sifatnya penyayang selamanya.
Dan dengan izin Allah, aku sayang kalian semua kerana Allah kerana Rasulku. Sebarkanlah rasa sayang ini ke dunia melata.
Maaf jika ini menguris.
P/s : CH kamu tahu kamu sumber inspirasiku selalu, Papa pula umpama guru yang ilmunya terus ku ambil.

Subscribe to:
Posts (Atom)