Cuba-cuba, bulan yang mulia ini...tangan kanan memberi dan sorokkan tangan kiri. Rasanya sukar untuk kita lakukan. Biasalah kelemahan manusia, bila buat benda baik rasa nak kongsi dengan semua tanpa sedar wujud riak kecil dalam diri. Coretan ini untuk peringatan jua bukan memperkecilkan usaha kalian yang berhati mulia itu. Cuma aku bilang cuba, kita cuba sebaik yang boleh.
Sungguh Ramadhan bulan yang paling dituntut bersedekah, jangan fikir pahalanya sangat jika nak dibuat secara ikhlas. Bukankah kita telah menjadi terlalu dewasa untuk bergantung harap atas nama dosa dan pahala? Anak-anak kecilkah kita untuk diulam dengan pahala sentiasa? Buatlah kita kerana Allah, kerana sayang pada Allah dan Rasulnya jua dan buatlah kerana kita sayang sesama umat. Cinta Sejati itu bersifat penyayang selamanya.
Anak yatim paling diberi perhatian, untung mereka, syukur mereka, gembira mereka kerana itu Allah telah takdirkan rezeki mereka. Tapi jangan kita lupa golongan tak berdaya yang lain. Jangan semua kerumun pada satu tempat tp tempat yang lain masih terabai. Kenangkan jua sanak saudara di pendalaman sana, entahkan cukup entahkan tidak. Kerana itu luaskan sumber. Yang selalu dibandar sedekah jariahnya, luaskan pula ke pendalaman sana. Kita usaha, Allah permudahkan dengan izinNya jua.
Salam Ramadhan buat semua. Jangan perbesarkan benda yang kecil, jika boleh kita lupa dan maafkan itulah yang terbaik. Ingat cinta itu sifatnya penyayang selamanya.
Dan dengan izin Allah, aku sayang kalian semua kerana Allah kerana Rasulku. Sebarkanlah rasa sayang ini ke dunia melata.
Maaf jika ini menguris.
P/s : CH kamu tahu kamu sumber inspirasiku selalu, Papa pula umpama guru yang ilmunya terus ku ambil.
Showing posts with label Bicara Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bicara Ramadhan. Show all posts
Wednesday, July 17, 2013
Wednesday, September 10, 2008
Ikhlas
Izinkan aku bicara soal ikhlas...renungan untuk diri sendiri dan yg sudi membaca...satu topik yang aku kira sesuai dengan bulan ramadhan yang mulia ini....
Ikhlas, salah satu sifat baik yang diajar dlm agama Islam kita..kecil dulu mama sering mengingatkan.."berbuat sesuatu biarlah ikhlas.." "Apa erti ikhlas ma"...sambung mama..dengan pendekatan mudah " Ertinya berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan"...kecil dulu pendekatan itu cukup mudah difahami, tapi kini kita menginjak dewasa, pendekatan mudah seharusnya dikupas dan diteliti mendalam lagi...bukan setakat tanpa mengharapkan balasan, ikhlas sebenarnya lebih dr itu....kita manusia, jgn putus mencari...jgn lekas menghukum..
ERTI IKHLAS DALAM ISLAM - taken from one of the Islamic site
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."
Tingkat-tingkat Ikhlas:
1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai kehebatan Nya, kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.
Lawan pada ikhlas ialah RIAK.
Ikhlas, bunyinya begitu mudah...namun melaksanakannya cukup berat sekali..
~ Aku ikhlas nak tolong kau...
~ I ikhlas buat semua ni...
Ikhlas itu, atau ikhlas ini....
susahnya mentafsir ikhlas yang sebenarnya...tapi yang lebih benar lagi, ikhlas itu bukan hak kita untuk tentukan..ianya hak Allah, kerana hanya dia yang lebih mengetahui...
Untuk diri ku, peringatan ini untuk menjadikan diri lebih peka sebelum membuat tuntutan ikhlas yg dilaksanakan...
Untuk yang lain, tepuk dada dan soallah hati...sejauh mana keikhlasan kita....
Salam Berpuasa semua : )

Subscribe to:
Posts (Atom)