Monday, June 12, 2006

Syukur


Tuhan,
Hari ini aku gembira
Gembira mendengar kegembiraan orang lain
Melihat mereka tersenyum riang
Memerhati dgn tenang melihat mereka melakar warna-warna pelangi
Dalam hari-hari yg bakal mendatang
Aku tumpang gembira, bila penantian yg lelah
Berakhir dgn sebuah penghujung yg indah..
Sungguh aku gembira

Namun Tuhan,
Aku terasa sedih
Senyuman terukir bersama airmata
Gelak tawa menutup pedih yang mendalam
Tertanya sendiri, apa mungkin diri ini dapat merasakan apa yang mereka rasa?
Tersimpan sudah warna – warna indah terpilih
Untuk ku lakarkan dalam nota kehidupanku
Tapi kisahnya belum pernah tercoret
Sampai kapan aku tidak pasti..


Dan Tuhan,
Hanya Kau yg tahu
betapa diri ini bersyukur dgn setiap kurniaan mu
airmata bukan kerana kecewa
rasa sedih bukan sesalan
kerana ku yakin setiap dugaan ada hikmahnya
Mendongak ke atas tak pernah puas, adat insan yg serba mahu
Menoleh ke bawah, diri tersedar, betapa beruntungnya menjadi aku..
Syukur padamu ku panjatkan..

Oleh itu tuhan,
Izinkan aku menangis dlm tertawa
Atau jika sebaliknya
Kerana kau tahu apa yg kutahu
Jua kau fahami apa yg kurasa
Dan yg ku minta…
Hanya yg terbaik untuk ku di sisi Mu

“ In her silence prayer …she pray…even if the whole wide world turn against her…for she depends on her own courage and his continuous love and that is fairly enough”