Thursday, December 26, 2013

Ringkasan 2013

Permulaan yang agak lembab. Sakit sakit sakit. Cuti sakit bukan dibuat buat. Pada jabatan lama, mohon maaf atas prestasi yang sekadar memuaskan. Pada anak sendiri pun wajib mohon maaf, ibu mohon maaf jika Shahzor terasa terabai ( I doubt) Ibu tidak sihat untuk melayan kerenah mu anak. Pada suami terima kasih atas kefahaman yang diberi. Pertengahannya berita gembira Allah makbulkan, di tempat baru mula berkhidmat walau hanya 3 minggu sahaja tetapi syukur semua berjalan lancar. Perjalanan rumah ke pejabat tidak lagi terlalu membebankan. Suka! Tak perlu lagi berkejar-kejar macam ke Putrajaya dulu. Suka! Ramadhan 2013, Adik lahir ke dunia ini, bertambah lagi makna kehidupan dalam hidup ibu. Nyawa ibu terbagi 3 untuk insan insan yang memerlukan peranan ibu ini. Ayah+Abang+ Adik. Demi Allah, Ibu terlalu sayangkan kalian. Semoga kita semua dan semua penduduk bumi terpelihara dari segala bencana yang tidak tertanggung. Amin. 5 bulan Allah izin kan peluang untuk Ibu merasa hidup di rumah dgn anak2. Tak mungkin lupa sebab rasanya 5 bulan terlalu cepat berlalu. Masa yang ada terlalu singkat untuk dipecahkan pada byk misi. Namun cukup bermakna dan utk itu, bahagianya rasa. Satu masa bila tiba masa sesuai mungkin Allah akan izinkan tempoh yang lebih lama atau selamanya? Hujungnya sudah tiba. Hujung tahun bukan hujung hidup. Hidup masih panjang jika Allah izinkan. And for that I am looking forward to a fabulous 2014, with positive attitude and mind, to be kind to others at all time and to be humble at every decision made. Tq Allah.

Wednesday, November 06, 2013

Orang Baru


This is a long overdue update. I know, but I've been busy and that is the best excuse I have, and I am a happy mum with new excuse :)


Kehadiran orang baru pada 17 ramadhan bersamaan 26/7/2013 yg lalu pastinya disyukuri dengan penuh rahmat kepada yang Maha Esa...
Shahzad Ziqri, kehadiran dia mmg keajaiban yang telah Allah tentukan. Siapa sangka perkara yg mustahil satu ketika dulu kini dipermudahkan oleh Allah dengan bukti Kunfayakun Nya. Aku yakin janji Allah itu pasti maka bersangka baik kepadanya itu satu kewajipan sebagai makhluknya. 
 
Shahzad Ziqri, 17 Ramadhan, Jumaat yang mulia, hari hening di petang nuzul Aquran... Doa ibu buat mu anak, jadilah anak yg soleh yang memberi ketenangan kepada sesiapa yg berdamping denganmu, penuh rasa kasih sayang seperti baginda rasul dan semua kebaikan didunia dan akhirat ibu doakan buat mu anak. 
 
Tak pernah mungkin ibu terbayang dua  kasih ibu perolehi, satu andaian yg tak pernah ibu bayangkan. Kini amanah di bahu ibu memikul, dengan izinNya jua. Amin.

 

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan 2013

Cuba-cuba, bulan yang mulia ini...tangan kanan memberi dan sorokkan tangan kiri. Rasanya sukar untuk kita lakukan. Biasalah kelemahan manusia, bila buat benda baik rasa nak kongsi dengan semua tanpa sedar wujud riak kecil dalam diri. Coretan ini untuk peringatan jua bukan memperkecilkan usaha kalian yang berhati mulia itu. Cuma aku bilang cuba, kita cuba sebaik yang boleh.

Sungguh Ramadhan bulan yang paling dituntut bersedekah, jangan fikir pahalanya sangat jika nak dibuat secara ikhlas. Bukankah kita telah menjadi terlalu dewasa untuk bergantung harap atas nama dosa dan pahala? Anak-anak kecilkah kita untuk diulam dengan pahala sentiasa? Buatlah kita kerana Allah, kerana sayang pada Allah dan Rasulnya jua dan buatlah kerana kita sayang sesama umat. Cinta Sejati itu bersifat penyayang selamanya.

Anak yatim paling diberi perhatian, untung mereka, syukur mereka, gembira mereka kerana itu Allah telah takdirkan rezeki mereka. Tapi jangan kita lupa golongan tak berdaya yang lain. Jangan semua kerumun pada satu tempat tp tempat yang lain masih terabai. Kenangkan jua sanak saudara di pendalaman sana, entahkan cukup entahkan tidak. Kerana itu luaskan sumber. Yang selalu dibandar sedekah jariahnya, luaskan pula ke pendalaman sana. Kita usaha, Allah permudahkan dengan izinNya jua.

Salam Ramadhan buat semua. Jangan perbesarkan benda yang kecil, jika boleh kita lupa dan maafkan itulah yang terbaik. Ingat cinta itu sifatnya penyayang selamanya.

Dan dengan izin Allah, aku sayang kalian semua kerana Allah kerana Rasulku. Sebarkanlah rasa sayang ini ke dunia melata.

Maaf jika ini menguris.

P/s : CH kamu tahu kamu sumber inspirasiku selalu, Papa pula umpama guru yang ilmunya terus ku ambil.  

Monday, May 27, 2013

For the rest of my life, Insya Allah


I met someone 15 years ago, I remember quite well how we met. In fact if I close my eyes and shift back to the moments in past I can actually remember everything right from what he was wearing. It all started with a simple genuine smile, a little nod as a courtesy gesture, how he introduced himself and vice versa, we exchange talks on common ground and the rest is history when the young heart of mine melt into his.


Little that I know, that simple guy in front of me back than will be someone very much important in my entire life. For the past 15 years I must say I’m becoming him and he becoming me. We assimilate quite well and the new assimilation is now growing well in our little family. I wonder at times whose values prevail than the other, but I know we try to be a better person for each and every day that passes by.

No other word could describe how I love and care for him, for that I know on a special day like yesterday I could only thank Allah for sending him to me and to his parents for bringing him up to be a person he is today, and to my own parents for their blessing in our marriage.


Happy 33th Birthday Dear Husband, My prayer will always be with you for the rest of my life. Insya Allah.

P/s : Hidup Harus Sentiasa Bersangka Baik Pada Allah…