Thursday, December 26, 2013

Ringkasan 2013

Permulaan yang agak lembab. Sakit sakit sakit. Cuti sakit bukan dibuat buat. Pada jabatan lama, mohon maaf atas prestasi yang sekadar memuaskan. Pada anak sendiri pun wajib mohon maaf, ibu mohon maaf jika Shahzor terasa terabai ( I doubt) Ibu tidak sihat untuk melayan kerenah mu anak. Pada suami terima kasih atas kefahaman yang diberi. Pertengahannya berita gembira Allah makbulkan, di tempat baru mula berkhidmat walau hanya 3 minggu sahaja tetapi syukur semua berjalan lancar. Perjalanan rumah ke pejabat tidak lagi terlalu membebankan. Suka! Tak perlu lagi berkejar-kejar macam ke Putrajaya dulu. Suka! Ramadhan 2013, Adik lahir ke dunia ini, bertambah lagi makna kehidupan dalam hidup ibu. Nyawa ibu terbagi 3 untuk insan insan yang memerlukan peranan ibu ini. Ayah+Abang+ Adik. Demi Allah, Ibu terlalu sayangkan kalian. Semoga kita semua dan semua penduduk bumi terpelihara dari segala bencana yang tidak tertanggung. Amin. 5 bulan Allah izin kan peluang untuk Ibu merasa hidup di rumah dgn anak2. Tak mungkin lupa sebab rasanya 5 bulan terlalu cepat berlalu. Masa yang ada terlalu singkat untuk dipecahkan pada byk misi. Namun cukup bermakna dan utk itu, bahagianya rasa. Satu masa bila tiba masa sesuai mungkin Allah akan izinkan tempoh yang lebih lama atau selamanya? Hujungnya sudah tiba. Hujung tahun bukan hujung hidup. Hidup masih panjang jika Allah izinkan. And for that I am looking forward to a fabulous 2014, with positive attitude and mind, to be kind to others at all time and to be humble at every decision made. Tq Allah.

No comments: