Friday, March 04, 2011

Anak Ibu



Shahzor Zia, kisah yang tertulis atas nama takdir, atas usaha doa dan tawakkal, atas istiqamah yang bersambungan terus...


5.04 am 25 Jan 2011, Shahzor Zia bin Shahrir bernafas buat pertama kali pertama di muka bumi ini. Kelahirannya disambut dengan kalimah-kalimah suci Allah yang Maha Besar, air mata seorang ibu gugur berterusan bukan kerana sakit yang baru lepas dilalui tapi kerana terlalu bersyukur dengan zuriat dalam dakapan itu. Shahzor Zia anak ibu yang sulung, yang menjadi permintaan dalam setiap bicara ibu bersama yang Esa, yang menjadi harapan dalam hati ibu yang tak pernah terdengar oleh sesiapa, yang menjadi mimpi-mimpi indah dalam lena ibu yang panjang. Shahzor Zia menjadi bukti, kasih Allah itu berkekalan, kasih Allah kasih yang terbaik, Shahzor Zia anak ibu..kau zuriat ku dunia dan akhirat.