Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan 2013

Cuba-cuba, bulan yang mulia ini...tangan kanan memberi dan sorokkan tangan kiri. Rasanya sukar untuk kita lakukan. Biasalah kelemahan manusia, bila buat benda baik rasa nak kongsi dengan semua tanpa sedar wujud riak kecil dalam diri. Coretan ini untuk peringatan jua bukan memperkecilkan usaha kalian yang berhati mulia itu. Cuma aku bilang cuba, kita cuba sebaik yang boleh.

Sungguh Ramadhan bulan yang paling dituntut bersedekah, jangan fikir pahalanya sangat jika nak dibuat secara ikhlas. Bukankah kita telah menjadi terlalu dewasa untuk bergantung harap atas nama dosa dan pahala? Anak-anak kecilkah kita untuk diulam dengan pahala sentiasa? Buatlah kita kerana Allah, kerana sayang pada Allah dan Rasulnya jua dan buatlah kerana kita sayang sesama umat. Cinta Sejati itu bersifat penyayang selamanya.

Anak yatim paling diberi perhatian, untung mereka, syukur mereka, gembira mereka kerana itu Allah telah takdirkan rezeki mereka. Tapi jangan kita lupa golongan tak berdaya yang lain. Jangan semua kerumun pada satu tempat tp tempat yang lain masih terabai. Kenangkan jua sanak saudara di pendalaman sana, entahkan cukup entahkan tidak. Kerana itu luaskan sumber. Yang selalu dibandar sedekah jariahnya, luaskan pula ke pendalaman sana. Kita usaha, Allah permudahkan dengan izinNya jua.

Salam Ramadhan buat semua. Jangan perbesarkan benda yang kecil, jika boleh kita lupa dan maafkan itulah yang terbaik. Ingat cinta itu sifatnya penyayang selamanya.

Dan dengan izin Allah, aku sayang kalian semua kerana Allah kerana Rasulku. Sebarkanlah rasa sayang ini ke dunia melata.

Maaf jika ini menguris.

P/s : CH kamu tahu kamu sumber inspirasiku selalu, Papa pula umpama guru yang ilmunya terus ku ambil.  

No comments: