Monday, August 18, 2008

Ayat-ayat Cinta




Hari ini rasa terpanggil menjadi pengulas filem...ooopsss bukan pengkritik ya!

Weekend lepas, berpeluang menonton filem ayat-ayat cinta, sebuah filem yang cukup popular di Indonesia. Karya asal saudara Habiburrahman El Shirazy. Sebuah kisah kehidupan seorang pelajar di bumi Mesir yang tidak sepi dengan perasaan cinta dan dicintai...

Bagi seorang seperti aku yang percaya akan kewujudan cinta, aku kira filem ini cukup menyentuh hati, apa lagi menyentuh jiwa seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja walau kadang perkara itu cukup melukakan hati...

Kisah Fahri, yang aku kira cukup bertuah kerana dicintai oleh 4 wanita...Nurul, Maria, Noura & Aisyah...tapi bukan semua cinta berakhir dengan ikatan perkahwinan...demi cinta manusia jua sanggup melakukan perkara terkeji..sehingga Fahri difitnah dan dipandang hina. Isterinya Aisyah lambang seorang wanita mulia yang sanggup melakukan pengorbanan demi keselamatan dan kebahagian suami, jua memberi ruang buat seorang gadis Kristian bernama Maria mendapat hak/ keadilannya sendiri. Air mata mengalir sama takhala melihat Aisyah menangis apabila Fahri menikahi Maria.

Kisah itu tidak berakhir di saat Fahri menikahi Maria, kisah perkongsian suami juga banyak membuat penonton bermain dengan emosi...

Tak cukup pantas aku membuat kesimpulan ttg cerita ini, tak perlu aku memberi rating berapa bintang untuk filem ini..Namun bagi aku filem ini cukup terkesan, lakonan yang bagus, soundtrack popular, props and setting yang hebat, tauladan yang banyak mengingatkan kita ttg kelalaian kita dlm hubungan lelaki & wanita, ttg manusia yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan, susahnya berlaku adil dan fitnah yang cukup menyakinkan ( tapi tidak cukup menyakinkan seorang isteri...) ermmm tetiba teringat seorang tokoh politik...maaf tersasar...tapi bagi teman-teman yang belum menonton filem ini, suka aku cadangkan untuk mengisi masa lapang kalian dengan filem ini...mungkin juga review ini agak terlewat ya!

1 comment:

::i.e.r.a:: said...

Diana..gue mau nonton crita yg di saran oleh lue...pasti sedih bangat ini..gue ratu air mata..sama perti lue.. (jawabnya kena bawak tisu byk2 nih..) huhu...

p/s: diana buat ulasan pun ira dah terpanggil nak g nonton weeknd nih..