Wednesday, September 10, 2008

Ikhlas

Izinkan aku bicara soal ikhlas...renungan untuk diri sendiri dan yg sudi membaca...satu topik yang aku kira sesuai dengan bulan ramadhan yang mulia ini....
Ikhlas, salah satu sifat baik yang diajar dlm agama Islam kita..kecil dulu mama sering mengingatkan.."berbuat sesuatu biarlah ikhlas.." "Apa erti ikhlas ma"...sambung mama..dengan pendekatan mudah " Ertinya berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan"...kecil dulu pendekatan itu cukup mudah difahami, tapi kini kita menginjak dewasa, pendekatan mudah seharusnya dikupas dan diteliti mendalam lagi...bukan setakat tanpa mengharapkan balasan, ikhlas sebenarnya lebih dr itu....kita manusia, jgn putus mencari...jgn lekas menghukum..

ERTI IKHLAS DALAM ISLAM - taken from one of the Islamic site
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:
1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai kehebatan Nya, kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Lawan pada ikhlas ialah RIAK.

Ikhlas, bunyinya begitu mudah...namun melaksanakannya cukup berat sekali..
~ Aku ikhlas nak tolong kau...
~ I ikhlas buat semua ni...

Ikhlas itu, atau ikhlas ini....
susahnya mentafsir ikhlas yang sebenarnya...tapi yang lebih benar lagi, ikhlas itu bukan hak kita untuk tentukan..ianya hak Allah, kerana hanya dia yang lebih mengetahui...

Untuk diri ku, peringatan ini untuk menjadikan diri lebih peka sebelum membuat tuntutan ikhlas yg dilaksanakan...

Untuk yang lain, tepuk dada dan soallah hati...sejauh mana keikhlasan kita....

Salam Berpuasa semua : )

2 comments:

Anonymous said...

haha ini perkataan favorite ni

-ampang hilir 5-

Utterly Me said...

betul tu, semua pun ikhlas ;)